Thursday, 13 October 2011

Kisah Hubby dan si Beguk@Tiroid..

Flashback to Year 2008...

Aku dikejutkan oleh bunyi dentuman yang kuat.. Dengan keadaan mamai (maklumlah tgh syok tido dlm suasana hening hampir nak subuh.. tambahan pula penat aku yang baru balik dari berkursus masih belum hilang lagi) dan gelabah.. pantas aku bangkit dari tempat tidur.. tercari-cari dari mana arah bunyi yang kuat tu..

Aku perhatikan anak-anak aku.. semua ada... yang takde Daddy dorg jew.. maybe p toilet la tu.. Hah!!! Daddy dorg????  Pegi tandas??? Ya Allah, takkan dia jatuh tangga kot??? Cepat aku berlari keluar.. DAN... ternyata sangkaan ku benar belaka...  Hubby yang terjelepok kat hujung tangga setinggi lebih kurang 10 kaki tu cuba bangun dengan memaut pagar besi yang aku letakkan untuk keselamatan anak2 ku... Dengan perasaan terkejut dan panik... aku turun membantu tp usaha Hubby gagal coz tiap kali dia cuba berdiri, dia akan jatuh balik.. Aku tgk kaki Hubby macam tak dapat menampung berat badannya yang tak berapa nak gemuk tu.. huhuhu... Terpaksa ler aku bantu masuk kat toilet....

Siangnya.. ingat nak bawa p hospital tp hari sabtu pula so terpaksalah tahan selama 2 hari.. Selama 2 hari aku bantu Hubby untuk bergerak... nak ke bilik air.. kena sikut.. nak p bilik, sikut lagi.. nak makan pun kena sikut juga... eh..eh.. takde la... dia nak makan, aku hantar ler nasik kat dia yang terlentang kat ruang tamu tu.. hihihihi

Ermmm.. tgk la.. selama ni Hubby selalu marah2. Perkara kecik pun boleh gaduh besar oleh sikap panas barannya...Sekarang tgk sepa yg bantu dia bila nak bergerak. Kalau sakit bini yg tak berapa nak cantik ni la juga yang di cariknya..(bukan mengungkit tp terbangkit cerita.. hahahaha)

Dijadikan cerita.. aku bawa hubby p hospital utk kenalpasti apa penyakitnya sampai dia tak boleh nak bawa badan dia tu.. 3 bulan juga la ulang-alik hospital tp selama itu juga la penyakitnya tak dapat di kenalpasti. Akupun naik heran.. Fikir punya fikir baik aku bawa berubat secara tradisional pula.. (time tu, dalam benci2 sayang pun aku masih take care pasal hubby.. hihihi)  Selama dia sakit tu..nak tido pun.. aku kalau boleh nak tido jauh dari dia coz tak tahan bau badan n nak sentuhpun tak selesa coz badannya panas semacam. Nak kata demam tak juga.. dah tu..badanya berminyakkk... haduiiii... sabar jew ler...

So, aku pun bawa la hubby balik kampung untuk berubat... seminggu lepas tu, keadaan hubby nampak lebih baik sikit dari beberapa bulan sebelum ni... Alhamdullillah..

Minggu kedua selepas berubat, hubby selalu mengadu sakit tekak.. nak bercakap susah...nak telan susah..  nak minumpun susah.. even nak meludah pun susah...( Kesian hubby.. ) Akupun jadilah doktor tak bertauliah. Check sana..check sini.. pastu aku nampak kelainan di leher hubby.. Lehernya semakin besar dan lebar.. bila disentuh, rasanya tegang sangat.. Dah tu, aku check lagi pula tekaknya... Ya Allah, banyak nyerr nanah... geli pula aku tengok.. ahaksss...

So, aku ambil pula keputusan untuk bawa hubby buat pemeriksaan kat hospital... mulanya doktor tu cakap sakit biasa jew.. takde apa2.. geram pula aku dengan jawapan doktor tu.. pastu aku kelentong ler doktor tu yang aku ada buat research pasal penyakit kat leher tu.. simptom yang jelas kita nampak ialah leher tu macam ada bentuk rama-rama...kelentong punya kelentong last2 doktor tu mengalah dan bagi la hubby buat pemeriksaan darah... ermmm puas hati aku...

Sejak dari tu, hubby akan selalu review dengan doktor (rasanya tiap 2 bulan sekali kena buat pemeriksaan lanjutan + ambil ubat utk kawal hormon tiroid tu.. kalau tak.. alamat ler hubby berperangai macam singa lapar kat rumah..hihihihi)

Maaf lah... (terutama kat Hubby) bukan maksud atau niat aku nak buka cerita aib.. niat aku cuma ingin berkongsi cerita macam mana kita nak tau simptom terkena penyakit Tiroid @ Beguk ni...

"Selalunya pada peringkat awal, pesakit akan mengadu selalu letih, mengantuk, sengal sendi dan daya ingatan atau tumpuan lemah. Justeru doktor mahupun pesakit beranggapan ia hanyalah simptom stress dan sebahagian dari proses penuaan" - 
Sumber : Info Kesihatan.com

1 comment:

  1. salam..

    Saya juga ada penyakit tiroid bengkak kat leher..simptom cepat letih , cepat marah , sensetif , panas terutama waktu malam..saya da pegi check kat doktor dia kata memang tiroid lepas tu saya kata boleh bedah tak dia kata tunggu tiroid tu betul - betul da besar baru bedah...maknanya doktor kat hospital ni masih tak pakar lagi takut nak bedah tiroid yang kecil

    ReplyDelete