Thursday, 12 July 2012
Khasiat Cuka
Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassallam :
Dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassallam bertanya tentang laukpauk kepada keluarganya. Jawab mereka : Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassallam meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah cuka.
(Hadis riwayat Muslim)
Dari Ummu Said Radhiyallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wassallam baginda bersabda : Sebaik-baik lauk ialah cuka. "Ya Allah berkatilah cuka. Sesungguhnya ia adalah aluk para nabi sebelumKu. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada cuka”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Cuka mempunyai beberapa khasiat :
1. menyembuhkan keracunan
2. membantu mencernakan makanan
3. menghilangkan haus
4. melancarakan peredaran darah
5. mengubati penyakit limpa
6. mengubati penyakit kuning.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment