Aku ni jenis yang cepat diserang migrain.. Kadang terasa bahang panas dari dalam badan tu tapi bukannya aku demam pun. cuma panas dalam badan... Tak selesa dibuatnya... Kejap sejuk.. kejap panas terasa.. Yang paling tak best tu bila panas kat kepala.. Perghhh.. langsung tak selesa.. Kak Maz ler jadi sasaran aku tempat bermanja untuk kurangkan sakit.. abis kepala aku ditenyeh-tenyeh untuk kurangkan sakit.. hehehe..
Pastu kak Maz pun nasihatkan la untuk cuba petua kurangkan panas kepala aku tu..
Petua 1
Ambil pucuk bunga raya (secukupnya), ramas dengan 3 ulas bawang merah sehingga lumat. Selepas tu lumurkan kat kepala. Biarkan sehingga kering atau sehingga rasa panas kepala tu hilang.
Petua 2
Ambil 3 keping daun sirih, ramas bersama asam jawa kemudian lumurkan kat kepala. Biarkan sehingga kering atau sehingga rasa panas kepala hilang.
Cuba la.. InsyaAllah kepala akan lebih ringan selepas mengamalkannya.
No comments:
Post a Comment