Bila umur dah meningkat ni.. kulitpun dah nak kendur-mendur dah.. Tapi tak apa.. jom kita cuba petua ni.. InsyaAllah kalau selalu diamalkan akan menampakkan kesan yang positif.. hihihi
Bahan-bahan: (macam nak main masak2 ler pula..kikiki)
~ sebiji lobak merah
~ sesudu tepung jagung
~ sebiji kuning telur (kuning telur jer tau..)
Cara-cara :
~ campurkan lobak merah yang dah diparut dengan sesudu tepung jangung dan kuning telur tersebut.
~ gaul sebati dan oleskan pada kulit
~ gunalah sehari sekali..
~ amalkan sehingga menampakkan kesan.
Tuesday, 17 July 2012
Thursday, 12 July 2012
Cymbopogon Citratus aka SERAI @ Lemongrass
Manfaat Serai Pada Kesihatan
Serai, umumnya dikenali sebagai tumbuhan biasa yang akar dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan. Padahal, minyak asiri dalam tanaman ini banyak digunakan dalam industri kosmetik untuk pembuatan minyak wangi dan sabun.
Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumput. Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar 2 hingga 4 meter.
Tanaman serai digunakan dalam pelbagai kebudayaan. Bahagian dari tanaman ini yang boleh digunakan untuk herba termasuk akar, batang, dan daun.
Berikut ini beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:
- Mencegah kanser
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, sebuah pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.
- Ubat gangguan pencernaan
Teh yang mengandungi serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan gas dari usus sekaligus mencegah pembentukan gas lebih lanjut.
- Detoksifikasi
Serai juga mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat sudah disingkirkan.
- Manfaat pada sistem saraf
Minyak esensial yang dibuat menggunakan serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.
- Menurunkan tekanan darah
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai untuk menurunkan hipertensi.
- Sebagai analgesik
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi jika korang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit, teh limau dan serai pasti boleh membantu.
- Kulit indah
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Manfaatnya antara lain mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.
- Kesihatan wanita
Pengambilan teh yang dicampur serai mungkin akan membantu mengurangkan sakit haid dan rasa mual.
Manfaat Serai Pada KesihatanSerai, umumnya dikenali sebagai tumbuhan biasa yang akar dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan. Padahal, minyak asiri dalam tanaman ini banyak digunakan dalam industri kosmetik untuk pembuatan minyak wangi dan sabun.
Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumput. Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar 2 hingga 4 meter.
Tanaman serai digunakan dalam pelbagai kebudayaan. Bahagian dari tanaman ini yang boleh digunakan untuk herba termasuk akar, batang, dan daun.
Berikut ini beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:
- Mencegah kanser
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, sebuah pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.
- Ubat gangguan pencernaan
Teh yang mengandungi serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan gas dari usus sekaligus mencegah pembentukan gas lebih lanjut.
- Detoksifikasi
Serai juga mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat sudah disingkirkan.
- Manfaat pada sistem saraf
Minyak esensial yang dibuat menggunakan serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.
- Menurunkan tekanan darah
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai untuk menurunkan hipertensi.
- Sebagai analgesik
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi jika korang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit, teh limau dan serai pasti boleh membantu.
- Kulit indah
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Manfaatnya antara lain mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.
- Kesihatan wanita
Pengambilan teh yang dicampur serai mungkin akan membantu mengurangkan sakit haid dan rasa mual.
Khasiat Cuka
Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassallam :
Dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassallam bertanya tentang laukpauk kepada keluarganya. Jawab mereka : Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassallam meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah cuka.
(Hadis riwayat Muslim)
Dari Ummu Said Radhiyallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wassallam baginda bersabda : Sebaik-baik lauk ialah cuka. "Ya Allah berkatilah cuka. Sesungguhnya ia adalah aluk para nabi sebelumKu. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada cuka”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Cuka mempunyai beberapa khasiat :
1. menyembuhkan keracunan
2. membantu mencernakan makanan
3. menghilangkan haus
4. melancarakan peredaran darah
5. mengubati penyakit limpa
6. mengubati penyakit kuning.
70 Lightning Shots
Subhannallah....
Gambar ini diambil di Pulau IkarÃa, Greece semasa ribut petir yang teruk yang berlaku pada 16 Jun 2011.
Fuiyooo.. lau kena lightning ni.. takde ampun maaf wooo.... ngeriii... huhhuu

Tuesday, 10 July 2012
Biskut Bugis.
Entah mengapa tekak ni terasa rasa biskut yang aku gelar biskut Bugis ni (sebenarnya aku tak tahu nama sebenar biskut ni..yang berik aku resepi biskut ni org bugis yang kerja kat ladang SABAH TEA sebab itulah aku bagi nama BISKUT BUGIS.. hihihi)
Time aku kat Sabah dulu, biskut ni antara biskut wajib aku hidangkan time Raya. aku suka buat sebab resepinya simple jer... Check this out :
1. Tepung Gandum
2. Minyak Masak
3. Gula halus (nak guna gula kastor pun boleh juga)
4. Susu Pekat (untuk perhiasan biskut jer)
caranya...
~ gaulkan sebati tepung dengan gula halus.
~ Kemudian basahkan adunan tadi dengan minyak masak (kalau nak lagi standard boleh juga guna minyak sapi tu.. ).
~Lepas tu, ratakan adunan tersebut kat loyang. Dah rata.. kita masukkanlah adunan tu kat oven yang kita dah panaskan dengan 180' tu..
~ Bila agak-agak dah separuh masak.. kita keluarkan dan potong kecil-kecil (tapi jangan keluarkan dari loyang tu sebab kita nak bakar balik hingga masak..) dan tuangkan susu pekat dalam bentuk zig-zag kat atas biskut tu.
~ Kemudian.. masukkan balik biskut tersebut ke dalam oven. Tunggu sehingga masak.
~ Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk.
Simple kan... Selamat Mencuba..

1Murid 1Sukan 1Malaysia aka 1M1S1M
Sebelum 7.30 pagi tadi aku dah sampai kat ofis.. Boss belum sampai lagi.. hrmmm terpaksalah tunggu boss sampai baru nak keluar... \
7.40 pagi barulah aku dan kak Maz dapat keluar.. ingatkan kami ler yang paling lambat.. rupanya persiapan untuk sambutan 1M1S1M belum siap lagi.. huhuhu.. Acara berlangsung lewat 40 minit dari jadual...
Kesian cikgu-cikgu kat SK Sampadi ni... semua serba tak teratur.. namun bagi aku senamrobik yang berlangsung selama 35minit tu sangat memberi kesan pada diri aku. Rasa ringan.. cergas dan mode happy tetibe jer menyerap masuk.. hihihii... Apapun TAHNIAH kepada WARGA SK SAMPADI, LUNDU SARAWAK yang bertungkus-lumus menjayakan program tersebut...

Subscribe to:
Comments (Atom)