Sunday, 21 October 2012

Solanum Tarvum aka Terung Pipit

Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEANNama botani terung ini adalah Solanum tarvum.

Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

Selain dijadikan bahan masakan.. Antara kegunaan terung pipit ini adalah :

  1. Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan  kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. 
  2. Akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.
  3. Bagi yang mengalami tiroid ..Air rendaman akarnya juga baik untuk dijadikan minuman harian untuk mengeluarkan lendir2 tiroid tersebut. 

Tuesday, 17 July 2012

Rawat Kulit Berkedut

Bila umur dah meningkat ni.. kulitpun dah nak kendur-mendur dah..  Tapi tak apa.. jom kita cuba petua ni.. InsyaAllah kalau selalu diamalkan akan menampakkan kesan yang positif.. hihihi

Bahan-bahan: (macam nak main masak2 ler pula..kikiki)

~ sebiji lobak merah
~ sesudu tepung jagung
~ sebiji kuning telur (kuning telur jer tau..)





Cara-cara :
~ campurkan lobak merah yang dah diparut dengan sesudu tepung jangung dan kuning telur tersebut.
~ gaul sebati dan oleskan pada kulit
~ gunalah sehari sekali..
~ amalkan sehingga menampakkan kesan.

Thursday, 12 July 2012

Cymbopogon Citratus aka SERAI @ Lemongrass

Manfaat Serai Pada Kesihatan

Serai, umumnya dikenali sebagai tumbuhan biasa yang akar dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan. Padahal, minyak asiri dalam tanaman ini banyak digunakan dalam industri kosmetik untuk pembuatan minyak wangi dan sabun.

Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumput. Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar 2 hingga 4 meter.

Tanaman serai digunakan dalam pelbagai kebudayaan. Bahagian dari tanaman ini yang boleh digunakan untuk herba termasuk akar, batang, dan daun.

Berikut ini beberapa khasiat serai yang belum banyak diketahui:

- Mencegah kanser
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, sebuah pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.

- Ubat gangguan pencernaan
Teh yang mengandungi serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan gas dari usus sekaligus mencegah pembentukan gas lebih lanjut.

- Detoksifikasi
Serai juga mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat sudah disingkirkan.

- Manfaat pada sistem saraf
Minyak esensial yang dibuat menggunakan serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.

- Menurunkan tekanan darah
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai untuk menurunkan hipertensi.

- Sebagai analgesik
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi jika korang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit, teh limau dan serai pasti boleh membantu.

- Kulit indah
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Manfaatnya antara lain mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.

- Kesihatan wanita
Pengambilan teh yang dicampur serai mungkin akan membantu mengurangkan sakit haid dan rasa mual.

Khasiat Cuka




Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassallam :

Dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassallam bertanya tentang laukpauk kepada keluarganya. Jawab mereka : Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassallam meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah cuka.
(Hadis riwayat Muslim)

Dari Ummu Said Radhiyallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wassallam baginda bersabda : Sebaik-baik lauk ialah cuka. "Ya Allah berkatilah cuka. Sesungguhnya ia adalah aluk para nabi sebelumKu. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada cuka”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Cuka mempunyai beberapa khasiat :
1. menyembuhkan keracunan
2. membantu mencernakan makanan
3. menghilangkan haus
4. melancarakan peredaran darah
5. mengubati penyakit limpa
6. mengubati penyakit kuning.

70 Lightning Shots

Subhannallah....
Gambar ini diambil  di Pulau Ikaría,  Greece  semasa ribut petir yang teruk yang berlaku pada 16 Jun 2011.

Fuiyooo.. lau kena lightning ni.. takde ampun maaf wooo.... ngeriii... huhhuu

Tuesday, 10 July 2012

Biskut Bugis.

Entah mengapa tekak ni terasa rasa biskut yang aku gelar biskut Bugis ni (sebenarnya aku tak tahu nama sebenar biskut ni..yang berik aku resepi biskut ni org bugis yang kerja kat ladang SABAH TEA sebab itulah aku bagi nama BISKUT BUGIS.. hihihi)

Time aku kat Sabah dulu, biskut ni antara biskut wajib aku hidangkan time Raya. aku suka buat sebab resepinya simple jer... Check this out :

1. Tepung Gandum
2. Minyak Masak
3. Gula halus (nak guna gula kastor pun boleh juga)
4. Susu Pekat (untuk perhiasan biskut jer)

caranya...
~ gaulkan sebati tepung dengan gula halus.
~ Kemudian basahkan adunan tadi dengan minyak masak (kalau nak lagi standard boleh juga guna minyak sapi tu.. ).
~Lepas tu, ratakan adunan tersebut kat loyang. Dah rata.. kita masukkanlah adunan tu kat oven yang kita dah panaskan dengan 180' tu..
~ Bila agak-agak dah separuh masak.. kita keluarkan dan potong kecil-kecil (tapi jangan keluarkan dari loyang tu sebab kita nak bakar balik hingga masak..) dan tuangkan susu pekat dalam bentuk zig-zag kat atas biskut tu.
~ Kemudian.. masukkan balik biskut tersebut ke dalam oven. Tunggu sehingga masak.
~ Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk.

Simple kan... Selamat Mencuba..

1Murid 1Sukan 1Malaysia aka 1M1S1M

Sebelum 7.30 pagi tadi aku dah sampai kat ofis.. Boss belum sampai lagi.. hrmmm terpaksalah tunggu boss sampai baru nak keluar... \

7.40 pagi barulah aku dan kak Maz dapat keluar.. ingatkan kami ler yang paling lambat.. rupanya persiapan untuk sambutan 1M1S1M belum siap lagi.. huhuhu.. Acara berlangsung lewat 40 minit dari jadual...

 Kesian cikgu-cikgu kat SK Sampadi ni... semua serba tak teratur.. namun bagi aku senamrobik yang berlangsung selama 35minit tu sangat memberi kesan pada diri aku. Rasa ringan.. cergas dan mode happy tetibe jer menyerap masuk.. hihihii... Apapun TAHNIAH kepada WARGA SK SAMPADI, LUNDU SARAWAK yang bertungkus-lumus menjayakan program tersebut...

Tuesday, 26 June 2012

Aku + Blog

Acahh!!!!  Aku ni betul-betul buta IT agaknya.. Oppsss.. bukan buta.. tapi rabun.. Iye la.. kalau buta terus tak tau apa-apa pun.. Tapi kalau rabun boleh lagi nak klik itu ini.. kan.. hihihi..

Dah dua hari sebenarnya cuba menghias blog aku yang tak seberapa nak jadi ni. Tengoklah.. follower pun baru 2 orang.. sedih nyer.. takde sesiapa mengenali blogku.. Tapi kesalahan aku jugakan.. cuba kalau aku jadi mcm Abg Nara @BeautifulNara or RedMummy.. Blog dorang memang kebabom punya... iyer la.. dorang post cerita2 sensasi.. aku pula hanya tahu post cerita anak2, cerita penyakit.. cerita nak menuju jalan 'pulang'.. Aku nak sangat post benda-benda yang dorang post tapi itu style dorang.. dan aku adalah aku.. kan... Tak popularpun tak apa.. yang penting ikut keupayaan diri. Apapun tahniah dan terima kasih blogger2 yang senior kerana secara tidak langsung memberikan inspirasi kepada saya untuk mencuba dan mengenali dunia BLOG...

Ermm.. selama dua hari aku mencari cara untuk menghias blog aku dan aku dapati ramai blogger yang tak kedekut untuk berkongsi ilmu blogging ni... antara yang menarik perhatian aku adalah...

http://godekblog.blogspot.com/2009/09/warna-warni-blog.html

http://probuatblog.blogspot.com/2010/09/menukar-tampilan-bagi-mengindahkan-blog.html

http://kakibergetar.blogspot.com/2011/01/cara-mengindahkan-blog.html 

Sebenarnya.. aku belum cubapun nota-nota yang dorang bagi. Aku masih dalam proses memahami nota-nota tu. Pening juga aku dibuatnya.. (*apa punya bengap ler aku ni...) kikikikiki...

InsyaAllah aku akan mencuba dalam masa terdekat..

Monday, 25 June 2012

Mari Mewarna

Jenuh aku mencari aktiviti apa yang paling sesuai untuk anak-anakku dimasa lapang. Memandangkan mereka semua perempuan.. Mereka ini jarang dibenarkan keluar rumah. Apa lagi bila melihat keadaan kawasan rumah sewa kami yang tak sesuai dengan kulit anak-anakku yang sensitif...

Bukan tak pernah disuruh bermain di luar.. pernah.. dan akupun galakkan juga (takut dorang rasa macam dalam penjara pula kan..hihihi) tapi.. malamnya.. habis gatal/miang satu badan. Baik-baik kulit halus mulus.. jadi berkudis pula. Biasalah tinggal kawasan kampung.. dahlah tu.. tuan rumah tu suka sangat berkebun dan family dia ada ternak kambing dan lembu..

So.. sekarang terpaksalah Daddy dorg 'kurung' kat rumah... hihihi.. Setiap kali balik kerja, anak2 akan mengadu bosan kat rumah. Ye ler.. mana tak bosannya.. balik sekolah.. makan.. rehat sekejap.. buat kerja sekolah.. lepas tu dipaksa tidur.. selebihnya tengok TV.

Disebabkan bosan, aku cari bahan lukisan untuk mewarna kat link ni... http://seripengkalan.pjl.com.my

kalau tak berapa nak minat pic yang ada kat link kat atas tu.. anda semua boleh ler buka google search dan cari ler aktiviti mewarna.. pasti banyak yang korg dapat..

Selamat Mewarna....

Sunday, 29 April 2012

Doa selepas wuduk




Nabi bersabda,

"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, ' Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abduhu wa rasulluh, Allah hummaj'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohiriin' akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agari dia memasukinya dari mana yang dia suka"

-Hadis Riwayat Tarmizi


Saturday, 28 April 2012

Motivasi Dari Sahabat

Ofis alone.. hihihihi...

Aku dah tak tahan dengan perangai kawan sekerja yg seorang ni...

Masa mula-mula kenal dia dulu ( time baru masuk ler..) ikut suka hati dia jak masuk keja.. datang kerja jam 10.. kadang jam 12 tengah hari.. lepas tu, suka-suka dia jak pulang sebelum jam 5.30 ptg. (org ni ambil WP3 : 8.30 pagi hingga 5.30 petang). Setahun aku kat sini setahun tu juga la aku tengok perangai dia macam tu..  Bila kena tegur dalam masyuarat, dia berubah untuk tempoh dua minggu jer lah..

Masuk tahun kedua aku kat sini, aku nampak perubahannya sekali lagi. Itupun selepas kena bagi warning bersurat. Well.. selepas dua kali warning juga la. Dan.. tindakan pemotongan gaji kerana tidak hadir tanpa memberi alasan yang munasabah.. Namun selepas sebulan.. perangai asalnya kembali lagi... masuk keja.. pulang keja.. dan cuti sesuka hati..

Sebenarnya, aku rasa tak senang juga 'menjaga tepi kain orang' tapi itulah tanggungjawab yang telah diberikan kepada aku sebagai kerani pentadbiran. Aku tahu aku akan dibenci orang tapi apa lagi yang aku nak buat?? Dah menjadi tanggungjawab aku menjalankan arahan yang diberikan oleh Ketua Jabatan...

Dijadikan cerita.. minggu lepas pihak Kementerian Kesihatan telah mengadakan lawatan rumah ke rumah untuk mengenalpasti kanak-kanak yang terkena HFMD.. oleh sebab terdapat bintik-bintik merah kat tapak tangan anak-anak aku, Inspektor Kesihatan tu nasihatkan aku membawa anak-anak aku ke klinik pada 24.4.2012 memandangkan ada Doktor Bergerak pada hari tersebut... dan aku pun ikutlah nasihat IK tu...

Malam tu juga aku sms dengan KJ aku minta kebenaran untuk keluar sekejap.  dan aku dibenarkan dengan syarat ada orang yang menguruskan keperluan logistik kursus yang berlangsung. Aku dah settle semua benda tu dengan Diya dan Mohammad Iswandi memandangkan mereka pun terlibat sama menjadi urus setia kursus.

24.4.2012.. aku mendaftar pada jam 8.45 pagi.. namun doktor tu hanya sampai kat klinik pada jam 11 pagi. Ramai orang-orang tua pergi untuk pemeriksaan lanjutan. Kiranya penuh jugalah klinik time tu. walaupun kami awal mendaftar namun, kebajikan orang-orang tua  diutamakan.. so, mereka lah yang didahulukan. Kami hanya dpt rawatan pada jam 12.30 tgh hari.. so, habis urusan kat klinik tu dekat jam 1 petang juga la.. 5jam takda kat ofis.. aku ambil keputusan untuk ambil cuti.. sebab memang begitu yang diarahkan sekiranya urusan peribadi melebih 4 jam.

Keesokkan harinya, aku terkejut bila punch card dan borang kebenaran keluar pejabat aku di fotostat untuk kepenting peribadi seorang hamba Allah ni.. Dalam perasaan berkecamuk aku menghubungi KJ untuk memberi tahu hal tersebut dan menerangkan kejadian semalam.. aku tak mahu dijadikan bahan alasan untuk kepentingan diri atau utk melepaskan diri dari kesalahan.

Minggu seterusnya.. aku terdengar orang tu berkata bahawa aku tak tolong dia buat kerja.. Ya Allah.. entah tang mana la yang tak ditolong tu... setahu aku.. setiap kerja hakikinya 1 habuk pun tak ada yang dibuat dengan sempurna.. Sakit hati aku hanya Allah yang tahu..

Aku post rasa tak puas hati aku kat FB.. dan sahabat2 aku menasihati aku supaya bersabar.. tidak kurang juga yang pm aku untuk cuba tenangkan aku dan memberi kata-kata semangat agar tidak berputus asa dengan apa yang aku lakukan. Diantara semua kata-kata semangat tu ada satu motivasi yang sangat-sangat terkesan dihati ku... katanya : "ucaplah ASTHAGFIRULLAH AL'AZIM diikuti Tajrik INNALILLAHI WA INNALILLAHI RAJIUN.."

percaya atau tidak.. sebaik sahaja aku mengucapkannya... airmataku mengalir laju.. seolah-olah segala beban dihati aku membuak-buak meninggalkan diriku... dan aku kembali ceria...

TERIMA KASIH SAHABAT...

Wednesday, 22 February 2012

Cara Memotong Kuku Menurut Islam

Im proud to be Muslim... tengoklah nak potong kukupun ada adap yang tersendiri.. 

Cara nak potong kuku tangan pula unik sikit... macam biasalah kita mulakan dengan bacaan Bismillah... Lepas tu boleh la mula memotong kuku tangan kanan dahulu :
      1. Kuku Jari telunjuk
      2. Kuku jari hantu (telunjuk)
      3. Kuku jari manis
      4. Kuku jari kelingking
      5. Kuku Ibu Jari

Tangan Kiri pula :
     1. Kuku jari kelingking
     2. Kuku jari manis
     3. Kuku jari hantu
     4. Kuku jari telunjuk
     5. Kuku ibu jari.

Kalau masih tak faham...Tengok picture kat bawah ni .....















 Cara nak potong kuku kaki :
 ~ Mulakan dengan Bismillah. Lepas tu bolehlah mulakan memotong kuku jari kelingking kaki kanan macam picture kat sebelah  ni : ------------------>








Nota :

Harus memotong kuku dengan alat yang tidak memudaratkan. Cthnya: gunting, pisau or yang paling senang ialah dengan menggunakan pemotong kuku.. Adalah lebih afdhal sekiranya kita membasuh tangan atau kaki yang telah dipotong kuku itu...



Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya:

Maksudnya: "Bersabda Rasulullah S.A.W. : "Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya." 
(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya:

"Bahawasanya Rasulullah S.A.W. memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang." 
(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)

Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.

Rasulullah S.A.W Bersabda : yang bermaksud barangsiapa yang mengerat kukunya pada;


Hari Sabtu

Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad

Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa

Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu

Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat

Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Monday, 6 February 2012

Twinsss....

Marcia Biggs dan Millie Biggs si  comel yang berusia 4 tahun ni.. mengejutkan ramai  doktor, guru dan orang ramai bila diyakinkan oleh ibubapa mereka bahawa mereka adalah kembar.. Nak tahu kenapa ramai yang hairan dan terkejut.... korang tengoklah sendiri..







 Marcia berkulit putih, berambut kuning keemasan dan bermata biru ( ikut gen emak dia.. ).. manakala Millie pula lebih kepada gen bapa dia yang berasal dari Jamaica ni..berkulit gelap sikit,  berambut hitam dan ikal serta bermata hitam.. Cute... kan...

Thursday, 26 January 2012

Waspada : Nama 5 Syaitan...

Berikut nama 5 wakil-wakil iblis yang akan sedaya upaya menggoda umat manusia agar menuju kearah kesesatan..

1) Tsabar
Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau dilanda musibah, seperti kematian, banjir dan sebagainya. Kemudian dia membisikkan dan menyatakan supaya timbul perasaan benci terhadap Allah swt. Kemudian orang yang ditimpa musibah itu marah dan caci maki terhadap ketentuan Allah swt terhadap dirinya.

2) Dasim
Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mengadu domba, menimbulkan perasaan benci satu sama lain dikalangan suami isteri sehingga terjadi perceraian

3) Al-A’war
Makhluk laknatullah ini adalah specialist dalam urusan terjadinya perzinaan. Anak-anak dia menjadikan tarikan bahagian tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul sangat menggembirakan iblis di kerajaannya yang besar.

4) Maswath
Specialist dalam menciptakan pembohongan besar maupun kecil.

5) Zalnabur
Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. merekalah yang menwujudkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan, dan bunuh membunuh antara sesama manusia.


~>