Monday, 25 June 2012

Mari Mewarna

Jenuh aku mencari aktiviti apa yang paling sesuai untuk anak-anakku dimasa lapang. Memandangkan mereka semua perempuan.. Mereka ini jarang dibenarkan keluar rumah. Apa lagi bila melihat keadaan kawasan rumah sewa kami yang tak sesuai dengan kulit anak-anakku yang sensitif...

Bukan tak pernah disuruh bermain di luar.. pernah.. dan akupun galakkan juga (takut dorang rasa macam dalam penjara pula kan..hihihi) tapi.. malamnya.. habis gatal/miang satu badan. Baik-baik kulit halus mulus.. jadi berkudis pula. Biasalah tinggal kawasan kampung.. dahlah tu.. tuan rumah tu suka sangat berkebun dan family dia ada ternak kambing dan lembu..

So.. sekarang terpaksalah Daddy dorg 'kurung' kat rumah... hihihi.. Setiap kali balik kerja, anak2 akan mengadu bosan kat rumah. Ye ler.. mana tak bosannya.. balik sekolah.. makan.. rehat sekejap.. buat kerja sekolah.. lepas tu dipaksa tidur.. selebihnya tengok TV.

Disebabkan bosan, aku cari bahan lukisan untuk mewarna kat link ni... http://seripengkalan.pjl.com.my

kalau tak berapa nak minat pic yang ada kat link kat atas tu.. anda semua boleh ler buka google search dan cari ler aktiviti mewarna.. pasti banyak yang korg dapat..

Selamat Mewarna....

No comments:

Post a Comment