Angin satu badan??? hihihi... betullah bila angin dah pusing satu badan kita akan cepat marah. Sebabnya badan kita akan cepat sengal, sakit sana-sini.. dan yang pastinya kita rasa tak selesa.. Bila kita rasa tak selesa tu la buat kita cepat marah kan??..
Ini petua untuk orang-orang yang rasa beratttt jer disebabkan oleh angin dalam badan...
Ambil 3 ulas bawang merah dan bersihkan (buang kulit dan biarkan sebijik bulat bawang tu.. tak payah nak hiris-hiris). Kemudian rendam dengan air panas selama 5 minit. Minum air rendaman bawang tersebut sekerap yang kita mahu. InsyaAllah badan kita akan rasa ringan dan kurang sengal..
selamat mencuba....
Saturday, 19 November 2011
Petua Hilangkan Panas Dalam Badan
Aku ni jenis yang cepat diserang migrain.. Kadang terasa bahang panas dari dalam badan tu tapi bukannya aku demam pun. cuma panas dalam badan... Tak selesa dibuatnya... Kejap sejuk.. kejap panas terasa.. Yang paling tak best tu bila panas kat kepala.. Perghhh.. langsung tak selesa.. Kak Maz ler jadi sasaran aku tempat bermanja untuk kurangkan sakit.. abis kepala aku ditenyeh-tenyeh untuk kurangkan sakit.. hehehe..
Pastu kak Maz pun nasihatkan la untuk cuba petua kurangkan panas kepala aku tu..
Petua 1
Ambil pucuk bunga raya (secukupnya), ramas dengan 3 ulas bawang merah sehingga lumat. Selepas tu lumurkan kat kepala. Biarkan sehingga kering atau sehingga rasa panas kepala tu hilang.
Petua 2
Ambil 3 keping daun sirih, ramas bersama asam jawa kemudian lumurkan kat kepala. Biarkan sehingga kering atau sehingga rasa panas kepala hilang.
Cuba la.. InsyaAllah kepala akan lebih ringan selepas mengamalkannya.

Subscribe to:
Comments (Atom)