Tuesday, 26 June 2012

Aku + Blog

Acahh!!!!  Aku ni betul-betul buta IT agaknya.. Oppsss.. bukan buta.. tapi rabun.. Iye la.. kalau buta terus tak tau apa-apa pun.. Tapi kalau rabun boleh lagi nak klik itu ini.. kan.. hihihi..

Dah dua hari sebenarnya cuba menghias blog aku yang tak seberapa nak jadi ni. Tengoklah.. follower pun baru 2 orang.. sedih nyer.. takde sesiapa mengenali blogku.. Tapi kesalahan aku jugakan.. cuba kalau aku jadi mcm Abg Nara @BeautifulNara or RedMummy.. Blog dorang memang kebabom punya... iyer la.. dorang post cerita2 sensasi.. aku pula hanya tahu post cerita anak2, cerita penyakit.. cerita nak menuju jalan 'pulang'.. Aku nak sangat post benda-benda yang dorang post tapi itu style dorang.. dan aku adalah aku.. kan... Tak popularpun tak apa.. yang penting ikut keupayaan diri. Apapun tahniah dan terima kasih blogger2 yang senior kerana secara tidak langsung memberikan inspirasi kepada saya untuk mencuba dan mengenali dunia BLOG...

Ermm.. selama dua hari aku mencari cara untuk menghias blog aku dan aku dapati ramai blogger yang tak kedekut untuk berkongsi ilmu blogging ni... antara yang menarik perhatian aku adalah...

http://godekblog.blogspot.com/2009/09/warna-warni-blog.html

http://probuatblog.blogspot.com/2010/09/menukar-tampilan-bagi-mengindahkan-blog.html

http://kakibergetar.blogspot.com/2011/01/cara-mengindahkan-blog.html 

Sebenarnya.. aku belum cubapun nota-nota yang dorang bagi. Aku masih dalam proses memahami nota-nota tu. Pening juga aku dibuatnya.. (*apa punya bengap ler aku ni...) kikikikiki...

InsyaAllah aku akan mencuba dalam masa terdekat..

Monday, 25 June 2012

Mari Mewarna

Jenuh aku mencari aktiviti apa yang paling sesuai untuk anak-anakku dimasa lapang. Memandangkan mereka semua perempuan.. Mereka ini jarang dibenarkan keluar rumah. Apa lagi bila melihat keadaan kawasan rumah sewa kami yang tak sesuai dengan kulit anak-anakku yang sensitif...

Bukan tak pernah disuruh bermain di luar.. pernah.. dan akupun galakkan juga (takut dorang rasa macam dalam penjara pula kan..hihihi) tapi.. malamnya.. habis gatal/miang satu badan. Baik-baik kulit halus mulus.. jadi berkudis pula. Biasalah tinggal kawasan kampung.. dahlah tu.. tuan rumah tu suka sangat berkebun dan family dia ada ternak kambing dan lembu..

So.. sekarang terpaksalah Daddy dorg 'kurung' kat rumah... hihihi.. Setiap kali balik kerja, anak2 akan mengadu bosan kat rumah. Ye ler.. mana tak bosannya.. balik sekolah.. makan.. rehat sekejap.. buat kerja sekolah.. lepas tu dipaksa tidur.. selebihnya tengok TV.

Disebabkan bosan, aku cari bahan lukisan untuk mewarna kat link ni... http://seripengkalan.pjl.com.my

kalau tak berapa nak minat pic yang ada kat link kat atas tu.. anda semua boleh ler buka google search dan cari ler aktiviti mewarna.. pasti banyak yang korg dapat..

Selamat Mewarna....