Angin satu badan??? hihihi... betullah bila angin dah pusing satu badan kita akan cepat marah. Sebabnya badan kita akan cepat sengal, sakit sana-sini.. dan yang pastinya kita rasa tak selesa.. Bila kita rasa tak selesa tu la buat kita cepat marah kan??..
Ini petua untuk orang-orang yang rasa beratttt jer disebabkan oleh angin dalam badan...
Ambil 3 ulas bawang merah dan bersihkan (buang kulit dan biarkan sebijik bulat bawang tu.. tak payah nak hiris-hiris). Kemudian rendam dengan air panas selama 5 minit. Minum air rendaman bawang tersebut sekerap yang kita mahu. InsyaAllah badan kita akan rasa ringan dan kurang sengal..
selamat mencuba....
Saturday, 19 November 2011
Petua Hilangkan Panas Dalam Badan
Aku ni jenis yang cepat diserang migrain.. Kadang terasa bahang panas dari dalam badan tu tapi bukannya aku demam pun. cuma panas dalam badan... Tak selesa dibuatnya... Kejap sejuk.. kejap panas terasa.. Yang paling tak best tu bila panas kat kepala.. Perghhh.. langsung tak selesa.. Kak Maz ler jadi sasaran aku tempat bermanja untuk kurangkan sakit.. abis kepala aku ditenyeh-tenyeh untuk kurangkan sakit.. hehehe..
Pastu kak Maz pun nasihatkan la untuk cuba petua kurangkan panas kepala aku tu..
Petua 1
Ambil pucuk bunga raya (secukupnya), ramas dengan 3 ulas bawang merah sehingga lumat. Selepas tu lumurkan kat kepala. Biarkan sehingga kering atau sehingga rasa panas kepala tu hilang.
Petua 2
Ambil 3 keping daun sirih, ramas bersama asam jawa kemudian lumurkan kat kepala. Biarkan sehingga kering atau sehingga rasa panas kepala hilang.
Cuba la.. InsyaAllah kepala akan lebih ringan selepas mengamalkannya.

Thursday, 27 October 2011
Dengkur...
"wah.. nyenyak nya awak tidur... siap berdengkur lagi..."
"Hah!!! Saya berdengkurkah semalam??"
" Iya lah... kuat lagi tu.. macam motorbot.. hihihi.."
Hah!! Bunyi dengkur aku macam motorbot??? Aiskkk... malunya.. Masalah dengkur aku ni la buat aku berfikir 100kali bila ada tawaran kursus. Aku takut mengganggu ketenteraman malam rakan sebilik or akan jadi bahan ketawa oleh kawan-kawan sebilik . Kalau kawan yang memang dah kenal aku tu tak kesahlah.. Dorang pun dah imun dengan bunyi 'motorbot' aku tu.. hikhikhik... Nak bermalam di rumah sanak-saudara pun aku berfikir banyak kali.. Iyalah.. bukan semua saudara boleh tahan dengan perkara-perkara sebegini.. Bagi dorang kedatangan kita hanya mengganggu ketenteraman malam dorang. entah-entah hangat cerita kekurangan kita tu di jual kepada jiran-jiran dorang... ermmm... hampeh punya sodara... hihihihi...
Sebenarnya, aku sendiri tak tahu bila masa aku mula berdengkur dengan kuat. Yang aku tahu.. selepas aku dapat anak pertama dulu, Hubby dah mula merungut tak dapat tido coz aku kuat berdengkur. Alih ler badan tu macam mana pun.. aku tetap berdengkur dengan kuat... heran juga...
Tapi untuk si pendengkur yang tak serius, mengubah kedudukan tidur anda adalah salah satu cara untuk menghentikan dengkur. Bagi yang berbadan besar tu, cuba kurangkan berat badan anda. Jaga pemakanan dan rajin-rajinlah bersenam.
Jangan hairan bila orang kurus dan kanak-kanak juga boleh mengeluarkan irama dengkur.. selalunya kanak-kanak berdengkur disebabkan masalah tonsil. Manakala orang kurus pula kadang-kala berdengkur kerana letih/penat.
Baru-baru ni, aku dihantar berkursus lagi.. Nak tak tak terpaksa juga aku pergi demi mengisi kuota 7 hari kursus dalam setahun. Sehabis daya aku tahan ngantuk dan berharap Dhiya akan tidur awal dari aku supaya Dhiya dapat menikmat tidur yang berkualiti.. hihihihi ( coz dalam fikiran aku tu.. bila Dhiya dah tidur awal tak lah Dhiya terganggu oleh dengkur aku ) Tapi last-last.. aku juga yang terlelap dulu...
Keesokkannya....
"Kak, dengkur kakak kuatlah.. Pastu, saya nampak kakak macam tak bernafas sekejap.." Aku terus jadi blur.. selama ini tak pernah Hubby komplen aku berhenti bernafas seketika... Dah di tahap terukkah dengkur aku ni??? aku dah ada APNEA pula dah..
Apa itu DENGKUR... Apa pula APNEA???
Penyempitan salur udara menyebabkan pergolakan tekanan udara dan getaran palet lembut (lelangit) serta dinding farinks. Getaran ini seterusnya menghasilkan bunyi khusus dengkur. Orang yang mengalami dengkur biasa tidak menghadapi banyak masalah selain bunyi dan kualiti tidur. Tapi gangguan tempoh dan kualiti tidur dalam jangka panjang dikhuatiri membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius kepada pendengkur mahupun orang-orang sekelilingnya. Contohnya.. diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok serta gangguan fungsi dan ketahanan badan.
Masalah struktur sekitar salur pernafasan biasanya akan menyebabkan dengkur berpanjangan sementara masalah hidung tersumbat, keletihan dan penggunaan ubat tertentu menyebabkan ‘dengkur sambilan’.
dengkur adalah sesuatu yang hanya berlaku ketika tidur dan ia berbeza berbanding apnea.
Apnea tidur adalah gejala nafas terhenti selama 10 saat hingga 30 saat semasa tidur. Ini adalah kerana terdapat halangan pada saluran pernafasan. Dengkur dan apnea mungkin hadir bersama atau hanya salah satu sahaja. Apnea tidur dianggar mengikut selama mana nafas seseorang itu terhenti.. Sekirannya nafas terhenti 30 saat atau lebih maka apnea tersebut boleh di kategorikan sebagai kronik dan boleh menyebabkan kematian.
Penghidap apnea biasanya menjadi kurang produktif, cepat marah, dan mempunyai daya ingatan dan penilaian yang lemah di tempat kerja. Mereka juga lebih cenderung mendapat tekanan serta menghidapi penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan kencing manis. Ringkasnya, gangguan tidur mempunyai kesan-kesan yang negatif terhadap kesihatan mental dan fizikal secara umumnya dan mengganggu kesihatan sepanjang masa.
Berikut simtom-simtom apnea :

- Berdengkur kuat
- Terjaga dengan tekak kering
- Insomnia
- Sakit Kepala diwaktu pagi
- Rasa tercekik semasa tidur
- Mudah lupa
- Cepat marah dan murung
P/S : Jangan pandang mudah or remeh masalah dengkur anda.. sebab selain mendatangkan masalah kesihatan, jangan tak percaya dengkur juga boleh jadi penyebab rumahtangga hancur tau... Bercerai-berai sebab tak tahan dengan bunyi dengkuran yang memekakkan telinga la.. tak tahan sebab tak cukup tidur la dan macam-macam lagi kesan daripada bunyi dengkuran tu...
Tuesday, 25 October 2011
I Got Resdung...
Sejuknya.... Kalau bukan sebab terlewat bangun taklah aku mandi air sejuk macam ais ni.. brrrrrr....
Hatchoo...Hatchooo... Ahhh sudah... dah mula dah bersin.. kejap lagi selsema la pula... Selagi hari tak panas.. selagi itu la aku akan bersin.. selsema.. mata berair dan.. sakit kepala...
Inilah yang aku alami sejak 16 tahun lepas... pantang kena sejuk.. ataupun habuk.. mesti aku akan bersin sampai nak tanggal bijik mata... hermmm... Semua tu ada kaitan dengan penyakit Resdung.. Nama panjangnya Resah Hidung or nama standardnya Sinusitis..
Kenapa namanya Sinusitis??
Sebab.. selalunya penyakit ini disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus. sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang. Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid. Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.
Antara simptom-simptom awal untuk mengenal pasti ianya resdung adalah :
1. Selalu bersin ( selalunya sebelah pagi ataupun masa cuaca sejuk, terkena aircon dan terkena habuk..)
2. Kulit muka gatal (terutama dibahagian berdekatan hidung)
3. Kulit kepala gatal
4. Muka ditumbuhi jerawat batu
5. Mata gatal dan berair
6. Selalu selsema
7. Sukar bernafas ( rasa macam saluran hidung sempit )
8. Nafas berbau
9. Sering sakit kepala
10. Rasa berat dibahagian antara mata.
11. Telinga gatal..
Elakkan benda-benda ini :-
1. Memelihara haiwan berbulu (kucing, arnab, anjing, hamster )
2. Pakai karpet or permaidani ( kalau nak pun kena ringan tulang utk bersihkan coz karpet cepat tangkap habuk..)
3. Makan seafood (OMG.. thats everyone favourite.. huhuhu )
4. Rokok
5. Berenang atau menyelam atau terjun dalam air yang kotor
Resdung ni takkan jadi kanser tapi pesakit kanser (hidung) ada tanda-tanda awal seperti pesakit resdung.. Jadi untuk kesahihan penyakit tu kita kenalah tanya pada yang pakar.. selalunya kita akan dirujuk kepada doktor pakar telinga, Hidung dan Tekak. (ENT)
Penyakit resdung ini seandainya tak dirawat or dibiarkan jadi kronik.. boleh menyebabkan maut juga.. Ini kerana, hidung yang tersumbat akan menjadi sarang bakteria (semakin banyak mukus/hingus dalam hidung kita tu semakin ler bakteria tu suka tinggal) Bakteria ni akan merebak ke otak dan akan mengakibatkan meningitis or radang otak.
Jadi rawatlah hidung anda sebelum terlambat...
Antara rawatan atau ubat (yang selalu diberikan oleh Hospital Kerajaan) ialah ubat selesama, antibiotik, paracetamol dan ubat semburan hidung.
Kalau rawatan tradisional pula.. kita boleh cuba kaedah pengasapan muka... ( sekarang dah tak popular lagi ) Dulu aku pernah cuba rawatan sebegini.. dan hasilnya amat memuaskan jugalah coz sebelum rawatan deria hidu aku memang down.. bau longkangpun aku tak terhidu.. tp selepas rawatan tu alhamdulillah hidung aku cepat tangkap bau.. cuma yang tak bestnya selepas rawatan kena berpantang.. tak boleh makan seafood, ikan masin, telur, kari.. dan semua jenis makanan yang boleh menyebabkan gatal or alergi..
Tips kurangkan alahan Resdung : -
1. Nak kemas rumah seboleh-bolehnya kena pakai vakum.. (utk mengelak habuk)
2. Hirup sup panas
3. Minum banyak air
4. Sentiasa pastikan muka bersih dari habuk
5. Lap muka dengan tuala basah (suam)
6. buat pernafasan wap
7. Bilas sinus dengan bilasan salina yang boleh didapati dari farmasi
Yang paling tak best pasal resdung ni.. dia buat aku jadi pendengkur kronik... kadang rendah diri aku diibuatnya... bayangkanlah.. tak sampai 5 minit nenyak dah dengar bunyi 'dinosour'... hampehhh...
Jadi, sesiapa yang ada tanda-tanda nak jadi resdung tu.. cepat-cepatlah cegah dari terus melarat...

Monday, 24 October 2011
Perkongsian Ilmu : Anakku Sayang
Berikut antara sunnah yang boleh dilakukan oleh parents setelah kelahiran baby...
- Di azankan (bagi baby lelaki) / diiqamahkan (bagi baby pompuan)
- Di lakukan aqiqah
- Diberi nama yang baik
- Dilakukan (tahniq) atau dibelah mulut dengan benda manis seperti kurma/ madu / air kelapa dan dibacakan doa
- Dicukur rambut (rambut itu ditimbang dan dinilai mengikut nilai emas atau perak kemudian nilai tersebut hendaklah disedekahkan)
- Dikhatankan
- Ditindik telinga (bagi anak perempuan)
- Diberi penjagaan dan penyusuan yang sebaik mungkin.
Note : Semoga anak-anak kita menjadi insan yang beriman, soleh dan berguna.. InsyaAllah...
Thursday, 20 October 2011
Terapi Ikan Berisiko??
Wahh.. tak dapat digambarkan keseronokan bermain dengan ikan-ikan yang diternak dan dijadikan 'tukang terapi'.. best..best..best... Ikan2 tu semua jinak-jinak... masuk jak kaki dalam air ikan-ikanpun datang menjalankan 'tugas hakiki' nya.. hahahahha... geliiii tp keseronokan bermanja dengan ikan-ikan tu mengatasi segalanya.. heh...Ikan-ikan ini selalunya dipelihara kat sungai (mungkin bagi memelihara habitatnya) namun ada juga la yang pelihara ikan-ikan terapi ni kat kolam. Selalunya usahawan terapi or spa ikan kat bandar la..
Dalam keseronokan kita berterapi tu, tak pernah kita terfikir tentang risiko-risiko or kesan sampingan semasa terapi kan?? baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebook nya, menasihtkan orang ramai untuk berhenti membuat terapi ikan.. KKM kata terapi atau spa ikan ini boleh menyebarkan penyakit berjangkit menerusi bawaan air... contohnya hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi...
Note : Susah jugakan.. kita buat terapi tu utk refreshkan badan n minda.. tp kesan sampingannya pula boleh membuatkan kita derita la... ermmm....
Thursday, 13 October 2011
Kisah Hubby dan si Beguk@Tiroid..
Flashback to Year 2008...
Aku dikejutkan oleh bunyi dentuman yang kuat.. Dengan keadaan mamai (maklumlah tgh syok tido dlm suasana hening hampir nak subuh.. tambahan pula penat aku yang baru balik dari berkursus masih belum hilang lagi) dan gelabah.. pantas aku bangkit dari tempat tidur.. tercari-cari dari mana arah bunyi yang kuat tu..
Aku perhatikan anak-anak aku.. semua ada... yang takde Daddy dorg jew.. maybe p toilet la tu.. Hah!!! Daddy dorg???? Pegi tandas??? Ya Allah, takkan dia jatuh tangga kot??? Cepat aku berlari keluar.. DAN... ternyata sangkaan ku benar belaka... Hubby yang terjelepok kat hujung tangga setinggi lebih kurang 10 kaki tu cuba bangun dengan memaut pagar besi yang aku letakkan untuk keselamatan anak2 ku... Dengan perasaan terkejut dan panik... aku turun membantu tp usaha Hubby gagal coz tiap kali dia cuba berdiri, dia akan jatuh balik.. Aku tgk kaki Hubby macam tak dapat menampung berat badannya yang tak berapa nak gemuk tu.. huhuhu... Terpaksa ler aku bantu masuk kat toilet....
Siangnya.. ingat nak bawa p hospital tp hari sabtu pula so terpaksalah tahan selama 2 hari.. Selama 2 hari aku bantu Hubby untuk bergerak... nak ke bilik air.. kena sikut.. nak p bilik, sikut lagi.. nak makan pun kena sikut juga... eh..eh.. takde la... dia nak makan, aku hantar ler nasik kat dia yang terlentang kat ruang tamu tu.. hihihihi
Ermmm.. tgk la.. selama ni Hubby selalu marah2. Perkara kecik pun boleh gaduh besar oleh sikap panas barannya...Sekarang tgk sepa yg bantu dia bila nak bergerak. Kalau sakit bini yg tak berapa nak cantik ni la juga yang di cariknya..(bukan mengungkit tp terbangkit cerita.. hahahaha)
Dijadikan cerita.. aku bawa hubby p hospital utk kenalpasti apa penyakitnya sampai dia tak boleh nak bawa badan dia tu.. 3 bulan juga la ulang-alik hospital tp selama itu juga la penyakitnya tak dapat di kenalpasti. Akupun naik heran.. Fikir punya fikir baik aku bawa berubat secara tradisional pula.. (time tu, dalam benci2 sayang pun aku masih take care pasal hubby.. hihihi) Selama dia sakit tu..nak tido pun.. aku kalau boleh nak tido jauh dari dia coz tak tahan bau badan n nak sentuhpun tak selesa coz badannya panas semacam. Nak kata demam tak juga.. dah tu..badanya berminyakkk... haduiiii... sabar jew ler...
So, aku pun bawa la hubby balik kampung untuk berubat... seminggu lepas tu, keadaan hubby nampak lebih baik sikit dari beberapa bulan sebelum ni... Alhamdullillah..
Minggu kedua selepas berubat, hubby selalu mengadu sakit tekak.. nak bercakap susah...nak telan susah.. nak minumpun susah.. even nak meludah pun susah...( Kesian hubby.. ) Akupun jadilah doktor tak bertauliah. Check sana..check sini.. pastu aku nampak kelainan di leher hubby.. Lehernya semakin besar dan lebar.. bila disentuh, rasanya tegang sangat.. Dah tu, aku check lagi pula tekaknya... Ya Allah, banyak nyerr nanah... geli pula aku tengok.. ahaksss...
So, aku ambil pula keputusan untuk bawa hubby buat pemeriksaan kat hospital... mulanya doktor tu cakap sakit biasa jew.. takde apa2.. geram pula aku dengan jawapan doktor tu.. pastu aku kelentong ler doktor tu yang aku ada buat research pasal penyakit kat leher tu.. simptom yang jelas kita nampak ialah leher tu macam ada bentuk rama-rama...kelentong punya kelentong last2 doktor tu mengalah dan bagi la hubby buat pemeriksaan darah... ermmm puas hati aku...
Sejak dari tu, hubby akan selalu review dengan doktor (rasanya tiap 2 bulan sekali kena buat pemeriksaan lanjutan + ambil ubat utk kawal hormon tiroid tu.. kalau tak.. alamat ler hubby berperangai macam singa lapar kat rumah..hihihihi)
Maaf lah... (terutama kat Hubby) bukan maksud atau niat aku nak buka cerita aib.. niat aku cuma ingin berkongsi cerita macam mana kita nak tau simptom terkena penyakit Tiroid @ Beguk ni...
"Selalunya pada peringkat awal, pesakit akan mengadu selalu letih, mengantuk, sengal sendi dan daya ingatan atau tumpuan lemah. Justeru doktor mahupun pesakit beranggapan ia hanyalah simptom stress dan sebahagian dari proses penuaan" -
Sumber : Info Kesihatan.com

Tuesday, 11 October 2011
Perkongsian Ilmu : Jom Buat Rumah di Syurga...
Receive text msg on 11 Oktober 2011 @ 16:51
Nak tak buat rumah tanpa kos yang mahal??? Jom kita buat... tempatnya kat Syurga.. nak tak??? Aku nak... aku nak...Jomlah kita bina rumah tu kat syurga... selagi kita masih diberi kesempatan di dunia ini...
Kos yang diperlukan : ZIKIR TASBIH (yg ikhlas)
"subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallahwallahu akbar.. wa la hawla wa la quwwata illa billah..subhanallah al-azim wa bihamdih..."
senangkan.. bacalah selalu @ sepanjang masa (yg terluang).. tak kira time keja ker.. tgh memandu ker.. tgh rehat2 ker.. TAPI.... jangan ler pula korg ucapkannya di tempat yang kotor... contohnya tandas ker..
InsyaAllah... Semoga setiap amalan kita ini diberkati oleh-Nya..

Alangkah Payah Nak Cari Kerja....
Dah hampir setahun aku berhijrah. (29 November 2011 ni genaplah setahun)... maknanya dalam tempoh itu juga la aku kerja sorg2... Bukan Hubby taknak tolong tp diri dia sendiri pun tak tertolong nak cari kerja di perantauan.. Nak buat macam mana kan??? Dah aku pilih untuk bertugas kat Sarawak jer.. aku sebenarnya tak sangka benda2 mcm ni boleh jadi.. aku ingat senanglah individual cari keja.. tp hakikatnya, sepanjang hampir setahun kat Sarawak dah lebih 20 kali Hubby attend interview semuapun tak sangkut.. kalau kata hubby tu pilih kerja.. takkan ler sampai hantar resume kat syarikat kawalan keselamatan.. tp jawapan tetap sama.. syarikat taknak tanggung orang yang pakai paspot.. katanya taknak tanggung bayaran jaminan.. aikkk.. tak faham aku... Hubby bukannya warga asing... dia ada IC juga pun... huhhuhuu...
Inilah masalahnya kalau kita main redah jer nak masuk negeri orang..( hah!!! tulah lain kali bagi SALAM sebelum masuk...hihihihih) Bukan bermaksud nak salahkan Kerajaan Negeri Sarawak..Ooooo Tidak sama sekali.. bagi pendapat peribadi aku, baik juga dorg buat macam ni coz dorg akan bagi peluang keemasan kat penduduk tempatan untuk bekerja di negeri sendiri.. Takyah p jauh2 dengan alasan peluang pekerjaan tidak ada di Negeri sendiri.. kan.... Kesimpulannya... Sebelum Buat Sesuatu Perkara Kita Perlu Ambil Kira Permasalahan Dari Setiap Sudut... hihihihi...
Apapun... aku cuba berfikiran positif denga apa juga dugaan yang aku hadapi. InsyaAllah tidak sesekali aku mengalah demi anak-anak aku yang semakin membesar sihat sebagai johan.. hihihi...

Thursday, 29 September 2011
Fantasy O Reality
29 September 2011
Sport Day at School...
Awal Yaya n BB bangun. Tak penat aku kejutkan.. teruja pi sekolah sebab hari ini tak ada boring subjek nak ditelaah ~ hihihihi..
Yaya ada meminta aku turut hadir ke sekolah tapi atas kekangan tugas, aku tak dapat nak hadirkan diri dan tengok dorg bersaing (so sorry dear ).
1PM aku balik rumah. Nak rehatkan diri... baru nak buka pintu dah kecoh anak-anak aku memanggil-manggil aku..
"Mama... Mama... BB dapat medal!!!" terlonjat-lonjat Yaya sambil menayangkan medal yang BB dapat semasa sukan pagi tadi.. Im so surprise... sangat2 tak sangka BB yang punya asthma history boleh dapat medal dalam sukan.
Nak di al-kisahkan c BB ni... dia mula kena asthma sejak umur 3 tahun.. keluar masuk hospital dah jadi kebiasaan.. Batuk sikit jer mesti masuk hospital.. paling kurang pun nebulizer 3 kali.. Kesian tengok dia.. adlah juga Mummy nasihatkan supaya bagi suppliment yang dapat menghangatkan badan contohnya scoot emultion.. masalahnya c BB pula tak mau nak makan benda tu... jenuh juga memaksa dia makan.. So utk tidak bazirkan duit beli emultion tu.. aku bagi la pula Yaya makan... then apa jadi... badan Yaya kusss semangat.. overweight you.... hahahha..
Berbalik cerita c BB pula... Last Raya.. kena serang asthma lagi... same things goes.. hospital + nebulizer ler jawabnya... dah tu.. selepas seminggu masih juga dia batuk-batuk.. sampai lah kami balik ke Sarawak.. batuk ala-ala orang-orang kaya c BB masih berterusan.
Nak dijadikan cerita lagi ni... biasalah aku ni kaki FB.. so aku mulakanlah rutin harianku dgn login FB.. ternampak la iklan produk dari Vemma... baca punya baca... konten minuman tu adalah dari buah manggis.. dan aku ni memang nak cari produk yg berasaskan manggis sejak aku tahu buah manggis tu boleh mengawal penyakit... so aku pun daftar lah kononnya.. dengan niat nak beli produk tu untuk suppliment c BB. Lepas buat bayaran... aku tunggu dalam 3 hari aku dah dpt produk tu... setiap hari aku bagi BB minum 1/2 oz dan selepas seminggu BB amalkan minum jus manggis tu..alhamdulillah batuk ala-ala orang kaya c BB dah hilang...
Apa yang bestnya.. niat nak sembuhkan BB tu membolehkan aku buat DUIT SAMPINGAN.. yeehaaa... so sekarang dengan Vemma aku dapat 2 (atau lebih) kebaikan... 1st (yang utama) dpt jaga kesihatan keluarga aku and 2nd aku dpt income lebih geng...
So kalau nak belek2 dan nak tahu kebaikan produk VeMMa ... silalah klik link http://rozitah.bisnesinternet2u.com/ (kalau tak dapat nak auto klik korg copy n paste jer link tu kat search bar )... InsyaAllah semoga dapat membantu kengkawan suma yang masih tercari-cari minuman kesihatan yang boleh digunakan oleh seisi keluarga dan juga dapat membantu kengkawan menambah pendapatan untuk menampung perbelanjaan seharian...
http://rozitah.bisnesinternet2u.com

Subscribe to:
Comments (Atom)