Tuesday, 25 October 2011

I Got Resdung...

Sejuknya.... Kalau bukan sebab terlewat bangun taklah aku mandi air sejuk macam ais ni.. brrrrrr....
Hatchoo...Hatchooo... Ahhh sudah... dah mula dah bersin.. kejap lagi selsema la pula... Selagi hari tak panas.. selagi itu la aku akan bersin.. selsema.. mata berair dan.. sakit kepala... 


 Inilah yang aku alami sejak 16 tahun lepas... pantang kena sejuk.. ataupun habuk.. mesti aku akan bersin sampai nak tanggal bijik mata... hermmm... Semua tu ada kaitan dengan penyakit Resdung.. Nama panjangnya Resah Hidung or nama standardnya Sinusitis..


Kenapa namanya Sinusitis?? 
Sebab.. selalunya penyakit ini disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus. sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang. Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid. Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara. 


Antara simptom-simptom awal untuk mengenal pasti ianya resdung adalah :
1. Selalu bersin ( selalunya sebelah pagi ataupun masa cuaca sejuk, terkena aircon dan terkena habuk..)
2. Kulit muka gatal (terutama dibahagian berdekatan hidung)
3. Kulit kepala gatal
4. Muka ditumbuhi jerawat batu
5. Mata gatal dan berair
6. Selalu selsema
7. Sukar bernafas ( rasa macam saluran hidung sempit )
8. Nafas berbau
9. Sering sakit kepala
10. Rasa berat dibahagian antara mata.
11. Telinga gatal..


Elakkan benda-benda ini :-
1. Memelihara haiwan berbulu (kucing, arnab, anjing, hamster )
2. Pakai karpet or permaidani ( kalau nak pun kena ringan tulang utk bersihkan coz karpet cepat tangkap habuk..)
3. Makan seafood (OMG.. thats everyone favourite.. huhuhu )
4. Rokok 
5. Berenang atau menyelam atau terjun dalam air yang kotor


Resdung ni takkan jadi kanser tapi pesakit kanser (hidung) ada tanda-tanda awal seperti pesakit resdung.. Jadi untuk kesahihan penyakit tu kita kenalah tanya pada yang pakar.. selalunya kita akan dirujuk kepada doktor pakar telinga, Hidung dan Tekak. (ENT)


Penyakit resdung ini seandainya tak dirawat or dibiarkan jadi kronik.. boleh menyebabkan maut juga.. Ini kerana, hidung yang tersumbat akan menjadi sarang bakteria (semakin banyak mukus/hingus dalam hidung kita tu semakin ler bakteria tu suka tinggal) Bakteria ni akan merebak ke otak dan akan mengakibatkan meningitis or radang otak.  


Jadi rawatlah hidung anda sebelum terlambat... 


Antara rawatan atau ubat (yang selalu diberikan oleh Hospital Kerajaan) ialah ubat selesama, antibiotik, paracetamol dan ubat semburan hidung. 


Kalau rawatan tradisional pula.. kita boleh cuba kaedah pengasapan muka... ( sekarang dah tak popular lagi ) Dulu aku pernah cuba rawatan sebegini.. dan hasilnya amat memuaskan jugalah coz sebelum rawatan deria hidu aku memang down.. bau longkangpun aku tak terhidu.. tp selepas rawatan tu alhamdulillah hidung aku cepat tangkap bau.. cuma yang tak bestnya selepas rawatan kena berpantang.. tak boleh makan seafood, ikan masin, telur, kari.. dan semua jenis makanan yang boleh menyebabkan gatal or alergi..


Tips kurangkan alahan Resdung : -
1. Nak kemas rumah seboleh-bolehnya kena pakai vakum.. (utk mengelak habuk)
2. Hirup sup panas 
3. Minum banyak air
4. Sentiasa pastikan muka bersih dari habuk
5. Lap muka dengan tuala basah (suam)
6. buat pernafasan wap
7. Bilas sinus dengan bilasan salina yang boleh didapati dari farmasi


Yang paling tak best pasal resdung ni.. dia buat aku jadi pendengkur kronik... kadang rendah diri aku diibuatnya... bayangkanlah.. tak sampai 5 minit nenyak dah dengar bunyi 'dinosour'... hampehhh...

Jadi, sesiapa yang ada tanda-tanda nak jadi resdung tu.. cepat-cepatlah cegah dari terus melarat... 

No comments:

Post a Comment