Dah hampir setahun aku berhijrah. (29 November 2011 ni genaplah setahun)... maknanya dalam tempoh itu juga la aku kerja sorg2... Bukan Hubby taknak tolong tp diri dia sendiri pun tak tertolong nak cari kerja di perantauan.. Nak buat macam mana kan??? Dah aku pilih untuk bertugas kat Sarawak jer.. aku sebenarnya tak sangka benda2 mcm ni boleh jadi.. aku ingat senanglah individual cari keja.. tp hakikatnya, sepanjang hampir setahun kat Sarawak dah lebih 20 kali Hubby attend interview semuapun tak sangkut.. kalau kata hubby tu pilih kerja.. takkan ler sampai hantar resume kat syarikat kawalan keselamatan.. tp jawapan tetap sama.. syarikat taknak tanggung orang yang pakai paspot.. katanya taknak tanggung bayaran jaminan.. aikkk.. tak faham aku... Hubby bukannya warga asing... dia ada IC juga pun... huhhuhuu...
Inilah masalahnya kalau kita main redah jer nak masuk negeri orang..( hah!!! tulah lain kali bagi SALAM sebelum masuk...hihihihih) Bukan bermaksud nak salahkan Kerajaan Negeri Sarawak..Ooooo Tidak sama sekali.. bagi pendapat peribadi aku, baik juga dorg buat macam ni coz dorg akan bagi peluang keemasan kat penduduk tempatan untuk bekerja di negeri sendiri.. Takyah p jauh2 dengan alasan peluang pekerjaan tidak ada di Negeri sendiri.. kan.... Kesimpulannya... Sebelum Buat Sesuatu Perkara Kita Perlu Ambil Kira Permasalahan Dari Setiap Sudut... hihihihi...
Apapun... aku cuba berfikiran positif denga apa juga dugaan yang aku hadapi. InsyaAllah tidak sesekali aku mengalah demi anak-anak aku yang semakin membesar sihat sebagai johan.. hihihi...
No comments:
Post a Comment