Sunday, 29 April 2012
Doa selepas wuduk
Nabi bersabda,
"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, ' Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abduhu wa rasulluh, Allah hummaj'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohiriin' akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agari dia memasukinya dari mana yang dia suka"
-Hadis Riwayat Tarmizi
Saturday, 28 April 2012
Motivasi Dari Sahabat
Ofis alone.. hihihihi...
Aku dah tak tahan dengan perangai kawan sekerja yg seorang ni...
Masa mula-mula kenal dia dulu ( time baru masuk ler..) ikut suka hati dia jak masuk keja.. datang kerja jam 10.. kadang jam 12 tengah hari.. lepas tu, suka-suka dia jak pulang sebelum jam 5.30 ptg. (org ni ambil WP3 : 8.30 pagi hingga 5.30 petang). Setahun aku kat sini setahun tu juga la aku tengok perangai dia macam tu.. Bila kena tegur dalam masyuarat, dia berubah untuk tempoh dua minggu jer lah..
Masuk tahun kedua aku kat sini, aku nampak perubahannya sekali lagi. Itupun selepas kena bagi warning bersurat. Well.. selepas dua kali warning juga la. Dan.. tindakan pemotongan gaji kerana tidak hadir tanpa memberi alasan yang munasabah.. Namun selepas sebulan.. perangai asalnya kembali lagi... masuk keja.. pulang keja.. dan cuti sesuka hati..
Sebenarnya, aku rasa tak senang juga 'menjaga tepi kain orang' tapi itulah tanggungjawab yang telah diberikan kepada aku sebagai kerani pentadbiran. Aku tahu aku akan dibenci orang tapi apa lagi yang aku nak buat?? Dah menjadi tanggungjawab aku menjalankan arahan yang diberikan oleh Ketua Jabatan...
Dijadikan cerita.. minggu lepas pihak Kementerian Kesihatan telah mengadakan lawatan rumah ke rumah untuk mengenalpasti kanak-kanak yang terkena HFMD.. oleh sebab terdapat bintik-bintik merah kat tapak tangan anak-anak aku, Inspektor Kesihatan tu nasihatkan aku membawa anak-anak aku ke klinik pada 24.4.2012 memandangkan ada Doktor Bergerak pada hari tersebut... dan aku pun ikutlah nasihat IK tu...
Malam tu juga aku sms dengan KJ aku minta kebenaran untuk keluar sekejap. dan aku dibenarkan dengan syarat ada orang yang menguruskan keperluan logistik kursus yang berlangsung. Aku dah settle semua benda tu dengan Diya dan Mohammad Iswandi memandangkan mereka pun terlibat sama menjadi urus setia kursus.
24.4.2012.. aku mendaftar pada jam 8.45 pagi.. namun doktor tu hanya sampai kat klinik pada jam 11 pagi. Ramai orang-orang tua pergi untuk pemeriksaan lanjutan. Kiranya penuh jugalah klinik time tu. walaupun kami awal mendaftar namun, kebajikan orang-orang tua diutamakan.. so, mereka lah yang didahulukan. Kami hanya dpt rawatan pada jam 12.30 tgh hari.. so, habis urusan kat klinik tu dekat jam 1 petang juga la.. 5jam takda kat ofis.. aku ambil keputusan untuk ambil cuti.. sebab memang begitu yang diarahkan sekiranya urusan peribadi melebih 4 jam.
Keesokkan harinya, aku terkejut bila punch card dan borang kebenaran keluar pejabat aku di fotostat untuk kepenting peribadi seorang hamba Allah ni.. Dalam perasaan berkecamuk aku menghubungi KJ untuk memberi tahu hal tersebut dan menerangkan kejadian semalam.. aku tak mahu dijadikan bahan alasan untuk kepentingan diri atau utk melepaskan diri dari kesalahan.
Minggu seterusnya.. aku terdengar orang tu berkata bahawa aku tak tolong dia buat kerja.. Ya Allah.. entah tang mana la yang tak ditolong tu... setahu aku.. setiap kerja hakikinya 1 habuk pun tak ada yang dibuat dengan sempurna.. Sakit hati aku hanya Allah yang tahu..
Aku post rasa tak puas hati aku kat FB.. dan sahabat2 aku menasihati aku supaya bersabar.. tidak kurang juga yang pm aku untuk cuba tenangkan aku dan memberi kata-kata semangat agar tidak berputus asa dengan apa yang aku lakukan. Diantara semua kata-kata semangat tu ada satu motivasi yang sangat-sangat terkesan dihati ku... katanya : "ucaplah ASTHAGFIRULLAH AL'AZIM diikuti Tajrik INNALILLAHI WA INNALILLAHI RAJIUN.."
percaya atau tidak.. sebaik sahaja aku mengucapkannya... airmataku mengalir laju.. seolah-olah segala beban dihati aku membuak-buak meninggalkan diriku... dan aku kembali ceria...
TERIMA KASIH SAHABAT...

Subscribe to:
Comments (Atom)