"Hah!!! Saya berdengkurkah semalam??"
" Iya lah... kuat lagi tu.. macam motorbot.. hihihi.."
Hah!! Bunyi dengkur aku macam motorbot??? Aiskkk... malunya.. Masalah dengkur aku ni la buat aku berfikir 100kali bila ada tawaran kursus. Aku takut mengganggu ketenteraman malam rakan sebilik or akan jadi bahan ketawa oleh kawan-kawan sebilik . Kalau kawan yang memang dah kenal aku tu tak kesahlah.. Dorang pun dah imun dengan bunyi 'motorbot' aku tu.. hikhikhik... Nak bermalam di rumah sanak-saudara pun aku berfikir banyak kali.. Iyalah.. bukan semua saudara boleh tahan dengan perkara-perkara sebegini.. Bagi dorang kedatangan kita hanya mengganggu ketenteraman malam dorang. entah-entah hangat cerita kekurangan kita tu di jual kepada jiran-jiran dorang... ermmm... hampeh punya sodara... hihihihi...
Sebenarnya, aku sendiri tak tahu bila masa aku mula berdengkur dengan kuat. Yang aku tahu.. selepas aku dapat anak pertama dulu, Hubby dah mula merungut tak dapat tido coz aku kuat berdengkur. Alih ler badan tu macam mana pun.. aku tetap berdengkur dengan kuat... heran juga...
Tapi untuk si pendengkur yang tak serius, mengubah kedudukan tidur anda adalah salah satu cara untuk menghentikan dengkur. Bagi yang berbadan besar tu, cuba kurangkan berat badan anda. Jaga pemakanan dan rajin-rajinlah bersenam.
Jangan hairan bila orang kurus dan kanak-kanak juga boleh mengeluarkan irama dengkur.. selalunya kanak-kanak berdengkur disebabkan masalah tonsil. Manakala orang kurus pula kadang-kala berdengkur kerana letih/penat.
Baru-baru ni, aku dihantar berkursus lagi.. Nak tak tak terpaksa juga aku pergi demi mengisi kuota 7 hari kursus dalam setahun. Sehabis daya aku tahan ngantuk dan berharap Dhiya akan tidur awal dari aku supaya Dhiya dapat menikmat tidur yang berkualiti.. hihihihi ( coz dalam fikiran aku tu.. bila Dhiya dah tidur awal tak lah Dhiya terganggu oleh dengkur aku ) Tapi last-last.. aku juga yang terlelap dulu...
Keesokkannya....
"Kak, dengkur kakak kuatlah.. Pastu, saya nampak kakak macam tak bernafas sekejap.." Aku terus jadi blur.. selama ini tak pernah Hubby komplen aku berhenti bernafas seketika... Dah di tahap terukkah dengkur aku ni??? aku dah ada APNEA pula dah..
Apa itu DENGKUR... Apa pula APNEA???
Penyempitan salur udara menyebabkan pergolakan tekanan udara dan getaran palet lembut (lelangit) serta dinding farinks. Getaran ini seterusnya menghasilkan bunyi khusus dengkur. Orang yang mengalami dengkur biasa tidak menghadapi banyak masalah selain bunyi dan kualiti tidur. Tapi gangguan tempoh dan kualiti tidur dalam jangka panjang dikhuatiri membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius kepada pendengkur mahupun orang-orang sekelilingnya. Contohnya.. diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok serta gangguan fungsi dan ketahanan badan.
Masalah struktur sekitar salur pernafasan biasanya akan menyebabkan dengkur berpanjangan sementara masalah hidung tersumbat, keletihan dan penggunaan ubat tertentu menyebabkan ‘dengkur sambilan’.
dengkur adalah sesuatu yang hanya berlaku ketika tidur dan ia berbeza berbanding apnea.
Apnea tidur adalah gejala nafas terhenti selama 10 saat hingga 30 saat semasa tidur. Ini adalah kerana terdapat halangan pada saluran pernafasan. Dengkur dan apnea mungkin hadir bersama atau hanya salah satu sahaja. Apnea tidur dianggar mengikut selama mana nafas seseorang itu terhenti.. Sekirannya nafas terhenti 30 saat atau lebih maka apnea tersebut boleh di kategorikan sebagai kronik dan boleh menyebabkan kematian.
Penghidap apnea biasanya menjadi kurang produktif, cepat marah, dan mempunyai daya ingatan dan penilaian yang lemah di tempat kerja. Mereka juga lebih cenderung mendapat tekanan serta menghidapi penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan kencing manis. Ringkasnya, gangguan tidur mempunyai kesan-kesan yang negatif terhadap kesihatan mental dan fizikal secara umumnya dan mengganggu kesihatan sepanjang masa.
Berikut simtom-simtom apnea :
- Berdengkur kuat
- Terjaga dengan tekak kering
- Insomnia
- Sakit Kepala diwaktu pagi
- Rasa tercekik semasa tidur
- Mudah lupa
- Cepat marah dan murung
P/S : Jangan pandang mudah or remeh masalah dengkur anda.. sebab selain mendatangkan masalah kesihatan, jangan tak percaya dengkur juga boleh jadi penyebab rumahtangga hancur tau... Bercerai-berai sebab tak tahan dengan bunyi dengkuran yang memekakkan telinga la.. tak tahan sebab tak cukup tidur la dan macam-macam lagi kesan daripada bunyi dengkuran tu...
