Thursday, 20 October 2011

Terapi Ikan Berisiko??

Wahh.. tak dapat digambarkan keseronokan bermain dengan ikan-ikan  yang diternak dan dijadikan 'tukang terapi'.. best..best..best... Ikan2 tu semua jinak-jinak... masuk jak kaki dalam air ikan-ikanpun datang menjalankan 'tugas hakiki' nya.. hahahahha... geliiii tp keseronokan bermanja dengan ikan-ikan tu mengatasi segalanya.. heh...

Ikan-ikan ini selalunya dipelihara kat sungai (mungkin bagi memelihara habitatnya) namun ada juga la yang pelihara ikan-ikan terapi ni kat kolam. Selalunya usahawan terapi or spa ikan kat bandar la..

Dalam keseronokan kita berterapi tu, tak pernah kita terfikir tentang risiko-risiko or kesan sampingan semasa terapi kan?? baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebook nya, menasihtkan orang ramai untuk berhenti membuat terapi ikan.. KKM kata terapi atau spa ikan ini boleh menyebarkan penyakit berjangkit menerusi bawaan air... contohnya hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi...

Note : Susah jugakan.. kita buat terapi tu utk refreshkan badan n minda.. tp kesan sampingannya pula boleh membuatkan kita derita la... ermmm....

No comments:

Post a Comment